sizzle it your way! fine steak, great value. huh! tagline dia pun dah cukup meluluhkan hati dan perut yang sedang lapar. memang pun. ok, citer dia camni... hari ahad aritu kuar g shoot pre-wedding utk 'si adik'. (huhuhuhuh..chef kecik nak kawin!) memula gi sentul park. lepas gi sentul park sambung shoot kat bukit bintang. then try masuk pavilion...buat shoot sket dalam tu...sambil shoot, sambil jalan sampai perut lapar.
"joe, nak makan mana?"
"tak kisah la memana, kat bawah pun boleh gak"
"ok, jom!"
so, kitaorg pun turun eskalator. sampai jer kat bawah, pandang jco donut belah kanan. then pandang kiri nampak satu kedai ni. dia tulis 'pepper lunch'
ok, first of all, nak bagitau, walaupun bawak kamera, tapi bila dah jumpa makanan, kamera pun lupa. so tak der satu pun gambar yang diambik.
"joe, jom tgk kedai ni, mcm best jer pepper lunch ni nampak!"
tengok punya tengok, memang best pun! kedai pepper lunch ni kedai jepun. menu dia pun jepun macam teriyaki pepper chicken, beef pepper rice with cheese (uhhhh!!!!), salmon pepper rice dan memacam lagi la makanan yang berasaskan pepper.
cara dia senang jer, langkahkan kaki masuk kedalam kedai tu, beratur sambil pilih menu. sampai turn kat kaunter, cakap kat budak pompuan jaga kaunter tu menu apa nak then bayar. pastu duduk. dalam 5 minit, ada pelayan perasaan datang bawak menu yang dah diorder tu dalam sizzling hot plate. then, kita kena masakkan menu tu. contohnya kalau kita pilih double teriyaki hamburger steak,so kita kena terbalik2kan
steak tu sampai setakat mana kita nak dia masak. nak rare ker, nak medium rare ker, medium ker, medium well ker ataupun well done! so ikut kita la. then dia kena letak kicap. kicap ni bukan kicap yang macam kicap kipas udang tu. dia ada 2 jenis kicap. satu nama dia garlic soya sauce, lagi satu honey brown sauce. pepandai la tuang. kalau tak sedap, salahkan tukang masak! cracked black pepper pun ada diletakkan sekali bersebelahan 2 botol kicap itu. so, setelah selesai memasak, makanan tersebut boleh lah dibaham. jgn lupa baca bismillah.
oleh kerana aritu perut lapar sangat dan sangat teruja dengan aktiviti memasak, maka gambar masakan tu pun pun macam biasa telah lupa untuk di snap. lepas licin sizzling plate tu baru la teringat. "alamakkkk, lupa nak amik gambar"
hasil nukilan :
si abang