Showing posts with label lari tajuk. Show all posts

gravatar

ANAK-ANAK RAJA

Scene one, take one!

Lokasi : Di dapur rumah.
Masa : Tak berapa pasti tapi yang pasti ianya siang hari suatu ketika dahulu.
Situasi : Si abang dan si adik sedang berada di dapur. mereka berborak-borak sambil mengeksperimenkan resepi-resepi ciptaan sendiri yang akhirnya hanya lalu dimakan oleh mereka berdua sahaja. Kadang-kadang mereka berdua sendiri tak lalu nak makan apa yang mereka eksperimenkan.
Perkara yang dibincangkan adalah isu semasa ketika itu di mana Yam Tuan Besar Negeri Sembilan yang telah mangkat  (Almarhum Tuanku Jaafar) telah diganti oleh Yam Tuan yang baru (Tuanku Mukhriz). Okay, memandangkan si abang dan si adik ini ada berketurunan raja dari Negeri Sembilan, maka terjadilah perbualan di bawah :


Si adik : "Dengar cerita, ayah nak check balik salasilah kita sejak Yam Tuan baru dah ditabalkan ni." Kata si adik sambil memegang sebelah tangan cekak pinggang dan sebelah lagi menggoncang tangkai frying pan yang berisi makanan yang sedang dimasak dan dieksperimenkan.

Si abang : Apasal pulak?

Si adik : Dengar citer, kita lagi rapat dengan susur galur Yam Tuan yang baru ni.

Si abang : Hah! Cantek la tu! Suruh la ayah check. Untung-untung esok dapat kita duduk kat istana!

Si adik : A'ah la kan...macam best gak kan kalau camtu?

Si abang : Kau rasa-rasa la kan...kalau la kita nanti dapat tinggal kat istana, mesti hidup kita dah lain macam sikit kan? Kau agak-agak kalau kita duduk istana nanti, abang pakai kancil lagi tak?

Si adik : Huh! kalau dah duduk istana, takkan lah pakai kancil.....mesti la pakai kancil turbo!

gravatar

BENSON & HEDGES GOLDEN DREAM - PART ONE FROM THE TRILOGY

aku selalu ada impian yang aku angan-angankan yang mana aku rasa kalau la dapat masuk benson & hedges golden dream, mesti aku macam ala-ala amy mastura dalam citer puteri impian. ceh! ok, aku ada a few impian yang aku selalu angan-angankan. aku citer satu-satu dulu eh.

aku selalu impikan aku boleh main seruling bambu. aku nak sangat main seruling bambu sambil duduk kat pondok buruk tengah sawah. dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, cuaca cantik dan diselangi pulak dengan irama seruling bambu yang aku tiup, huh! sure hati aku tenang. tapi yang spoilnyer bila angan-angan aku tu berlarutan. aku pikir lagi, ada ker pondok buruk kat tengah sawah? aku ni memang takder pengalaman pasal sawah bendang ni. dan kalau ada pun untuk apa. apa ke hal la pulak nak buat pondok buruk kat tengah sawah. lain la kalau ada dusun durian kat tengah sawah tu. boleh la duduk kat pondok buruk tunggu durian jatuh. pastu confirm ker suasana tu seperti setenang yang aku gambarkan? ntah-ntah time nak tiup seruling, tractor bajak pun lalu. terus potong golden dream aku...


hasil nukilan : si abang

gravatar

LET DOWN

sampai je rumah malam tadi, tanggalkan semua yang ada kat badan kecuali boxer, terus amik mp3 player, sumbat kat telinga, search lagu 'let down', on repeat mode, tutup lampu, tido. sampai pagi bangun dgn lagu let down. gi keje naik motor sambil earphone mp3 player still lagi dengarkan lagu let down lagi. sampai opis on komputer, amik headphone kat cpu, pasang window media player, play on repeat mode, lagu let down lagi.

arini aku nak dengar ni jer...tak nak dengar benda-benda lain. aku memang down arini. aku tukar layout setting blog ni sebagai tanda down aku walaupun aku tau benda ni takder kaitan. hujan pulak kat luar tu. sejuk. memadankan lagi lagu ni dengan keadaan sekeliling.

setiap kali aku down, aku akan dengar lagu ni walaupun kekerapan down aku tu agak terlalu sedikit jika distatistikkan. tak kisah la down tu earth ker, downtown ker janji ada perkataan down aku mesti dengar lagu ni. bila asyik repeat lagu ni kengkadang dia melayang bawak aku ke satu skrin yang tak wujud kat depan mata aku. aku nampak aku jalan kat bourbon street on winter sambil pakai winter jacket. sama macam orang russia cuma beza dia aku tak pegang vodka jer kat tangan sambil background music dia lagu let down ni.

serius aku down dowh...

"one day - i'm going to grow wings - a chemical reaction - hysterical and useless..."


hasil nukilan : si abang