ANAK-ANAK RAJA
Scene one, take one!
Lokasi : Di dapur rumah.
Masa : Tak berapa pasti tapi yang pasti ianya siang hari suatu ketika dahulu.
Situasi : Si abang dan si adik sedang berada di dapur. mereka berborak-borak sambil mengeksperimenkan resepi-resepi ciptaan sendiri yang akhirnya hanya lalu dimakan oleh mereka berdua sahaja. Kadang-kadang mereka berdua sendiri tak lalu nak makan apa yang mereka eksperimenkan.
Perkara yang dibincangkan adalah isu semasa ketika itu di mana Yam Tuan Besar Negeri Sembilan yang telah mangkat (Almarhum Tuanku Jaafar) telah diganti oleh Yam Tuan yang baru (Tuanku Mukhriz). Okay, memandangkan si abang dan si adik ini ada berketurunan raja dari Negeri Sembilan, maka terjadilah perbualan di bawah :
Si adik : "Dengar cerita, ayah nak check balik salasilah kita sejak Yam Tuan baru dah ditabalkan ni." Kata si adik sambil memegang sebelah tangan cekak pinggang dan sebelah lagi menggoncang tangkai frying pan yang berisi makanan yang sedang dimasak dan dieksperimenkan.
Si abang : Apasal pulak?
Si adik : Dengar citer, kita lagi rapat dengan susur galur Yam Tuan yang baru ni.
Si abang : Hah! Cantek la tu! Suruh la ayah check. Untung-untung esok dapat kita duduk kat istana!
Si adik : A'ah la kan...macam best gak kan kalau camtu?
Si abang : Kau rasa-rasa la kan...kalau la kita nanti dapat tinggal kat istana, mesti hidup kita dah lain macam sikit kan? Kau agak-agak kalau kita duduk istana nanti, abang pakai kancil lagi tak?
Si adik : Huh! kalau dah duduk istana, takkan lah pakai kancil.....mesti la pakai kancil turbo!
pergghh.. kancil turbo tu.. hehehe.. layout ni susah sket la nk komen
atiesya : jap. layout ni try-try jer...kalau tak best nanti boleh tukar balik.huhuhu.