ye lah! ye lah!
"kusha, update la blog!" sergah pa'an kepadaku sejurus sahaja aku bangun dari kerusi untuk balik ke rumah selepas bersahur di kedai mamak. lantas aku memusingkan badan dan melihat pa'an yang baru sahaja habis bercakap sambil memegang telefon bimbit dan menekan pad kekunci dengan menggunakan ibujari kanannya manakala telunjuk kirinya diacukan ke telinganya sambil mengoyang-goyangkan jari tersebut. "ah, barangkali pa'an telinganya gatal" desis hatiku pula. lantas aku menjawab sergahan pa'an itu, "ye lah! ye lah!". kulihat pa'an mengukir sekuntum senyuman apabila aku menjawab sergahannya itu. mungkin jawapan itu positif barangkali.
uuuhhh....kat atas ni sebenarnya mukadimah jer...dan ianya adalah satu percubaan menulis menggunakan bait-bait bahasa yang pernah aku belajar time kelas sastera dulu. time tu belajar analisis novel & cerpen.tapi spm dapat c6. salah satu tajuk buku yang digunapakai time tu adalah 'kelapa nan sebatang'. aku ingat lagi watak utama dalam citer tu...lebai pa nama dia. tapi citer dia aku dah tak ingat dan yang penting citer dia bukan citer pasal pokok kelapa yang sebatang tu...dan yang lagi penting, aku bukan nak citer pasal pokok kelapa mahupun kelas sastera. ok, kembali kepada subjek asal.
pa'an sebenarnya sebelum ni penah makan masakan aku yang aku buat untuk open house umah opie raya tahun lepas.ada la 2-3 jenis masakan tapi si pa'an ni lebih bernafsu kepada masakan ku yang bertajuk 'ikan kerapu masak......masak.....eerrr...masak....jap! telefon adik aku jap tanya.....
ah! ok, dah! nama dia 'spicy grouper with mango kerabu' atau nama melayunya kerapu masak pedas dengan kerabu mangga. sejak makan masakan aku tu, si pa'an ada tanya aku dulu, setahun lepas pasal resepi dia, tapi aku kata nanti aku bagi. pejam celik pejam celik, dah pun setahun. sampai sekarang aku tak bagi-bagi lagi pa'an resepi tu. then agaknya aritu pa'an teringat agaknya. so, dia tanya soalan yang sama lagi. time tu aku jawab, "kau tengok kat blog aku la". konfiden jer jawab padahal tak der pun resepi tu! tu yang selang baper hari lepas tu, kitaorang sahur kat kedai mamak dan dia suruh aku update blog sebab dia dah tengok blog ni tapi takder entry pasal resepi yang dia mintak tu.
ok pa'an, kali ni aku bagi. ni resepi dia.
'spicy grouper with mango kerabu' (tapi untuk resepi ni aku tak nak letak camner nak buat kerabu mangga sebab dah ada kat prevoius entry. untuk resepi kerabu mangga tu kau klik kat entri mangga muda ni.)
ok, untuk resepi kerapu ni, memula, kau pegi pasar, beli ikan kerapu. suruh tuan kedai tu siang siap-siap. balik umah kau lumur eehhhh...kejap...kejap....terus cara nak buat jer...bahan-bahan takder...
ok, bahan-bahan dia :
1) for sure la ikan kerapu
2) tepung
3) bawang putih, bawang merah (bukan citer tv tu tau!)
4) cili
5) halia (yang ni aku optional jer sebab nanti nak makan kerabu mangga takut tergigit halia)
6) nam pla
7) thai sos (thai sos adalah merupakan rahsia dalam masakan aku)
8) limau nipis
9) sedikit air
10) garam secukup perasaan
ok, cara buat dia, lumurkan ikan kerapu tu dengan tepung sambil minyak di dalam kuali dipanaskan. bila minyak dan hati dah panas, masukkan ikan tersebut. gorang sehingga garing dan angkat apabila ikan tersebut menjadi berubah menjadi raksaksa warna emas kekuning-kuningan atau kuning keemas-emasan. tak kisah la mana satu kan, so, letak ikan dalam pinggan. sekarang kita buat sos dia pulak.
untuk sos dia, memula kita tumis bawang putih, bawang merah dan cili. kemudian kita curahkan sedikit air masak atau air mineral kalau nak lagi riak! (time tulis ni aku imagine camner agaknya kalau kita masukkan air ecpi) lepas tu, perahkan sedikit limau nipis dan nam pla. masukkan thai sos kemudiannya dan kacau sehingga sebati. akhir sekali masukkan garam. (tak der la akhir, sebab akhir dia acara makan!) dah siap! tuangkan sos tersebut ke atas ikan dan ianya ready untuk dimakan. kalau nak rajin lagi letak la kerabu mangga sekali. tapi yang ni ikut suka kau la pa'an sebab kerabu mangga ni tak wajib pun sebenarnya walaupun tajuk dia ada tulis kerabu mangga. tajuk tu aku sajer jer letak, saja nak bagi nampak panjang. konon-konon susah la nak buat dia.
so, tu la dia pa'an. semoga kau try buat selepas lebih setahun kau tanya aku dan bukannya hanya poyo tanya-tanya jer dan semoga kau bukan blog aku ni dan baca entri ni dan jadi follower blog aku ni.dan aku tau, sekarang kau baru jer touchdown kat melbourne kan? kau tak update aku pun kan?
hasil nukilan : si abang