penang, here i come!
a week before ramadhan... eehhhmmmm...mmm...jap...jap...eehhmmm..ok, seminggu sebelum ramadhan aritu gua pegi ni beb, penang! memang trip yang dinanti dan ditunggu-tunggu sebab kalau gi penang ni best yang teramat! tempat cantik...banyak bangunan era kolonial...(ni maksud dia kat pulau eh, bukan kat tanah besar eh) cantik! terkesima gak dulu time memula gi penang tengok kfc dia kat british building. giler gempak! tapi matlamat utama ke penang adalah untuk menerjah ke kedai-kedai makan diaorang sebab makanan kat penang best-best!
ok, kita pergi ke destinasi pertama. nasi kandaq! aritu pegi makan nasik kandaq line clear! kedai ni bukak 24 jam. kedai kat tepi lorong jer, so pepandai la carik tempat duduk. secara keseluruhan, line clear ni famous sebab nama je kot coz nasik kandar deen kat jelutong lagi best sebab ayam dia sedap dan garing yang teramat!sampai tulang pun garing! kuah kari yang campur dengan kas-kas membuatkan korang sure mengantuk balik lah lepas makan walaupun korang bangun pukul 2 petang dan terus gi makan kat nasik kandaq deen kat jelutong tu! kesimpulan : nasik kandaq deen lagi best!
ha, yg korang tengok ni pulak, gurney drive...kalau kat kl ni jalan gurney dah jadi jalan semarak...so gurney drive ni maknanya semarak memandu la kot... kat sini tempat makan-makan yang menawarkan pelbagai makanan. cewah, macam maria tunku sabri lak cakap. so, masa gi makan kat sini aritu macam-macam yang diorder. 1st order ni dia :
Pasemboq!!!!! atau nama kebangsaan dia pasembor. uuhhhsedap ni...terliur di bulan remdan ni! ha, yang ni memang best! tapi hati-hati ketika memilih! pilih memang sedap tapi nak membayarnya nanti menangis! dinasihatkan tak payah pilih mengikut nafsu serakah sangat sebab nanti dia potong-potong jadi banyak gak! ni adalah benda yang wajib dimakan kalau ke penang! kesimpulannya, pasemboq best dan harus dicuba bagi yang tak penah cuba. cuba jer kat memana kat gurney drive tu ataupun kat padang kota. ok, next!!!apabila disuruh memilih diantara mee udang atau char kuey teow, ternyata char kuey teow memenangi acara pilih memilih ini. satu sebab mee udang tu mahal sebab udang dia lagi mahal dari harga mee. lagi satu, memang nafsu serakah masa tu kata untuk pilih char kuey teow. chay kuey teow yang dalam gambar ni sebenarnya tak sama dengan yang kat gurney drive tu sebab ni gambar amik dari google image.(termasuk la sumer gambar dalam entry ni). char kuey teow ni ada gak udang tapi tak der la semeriah dan sebesar mee udang tu. char kuey teow kat gurney drive ni rasa dia sama jer macam edy chay kuey teow kat kl ni. mungkin sebab resepi dia orang dah tau kot. tu yang boleh rasa char kuey teow penang kat kl tu! tapi, alang-alang menyeluk char kuey teow, biar sampai habis dimakan! kesimpulan : char kuey teow tersebut berjya dihabiskan walaupun selepas makan pasembor tadi. kemudian, ada lagi satu :
laksa penang!!!! ha, yang ni pun memamg sedap! rasa macam makan time open house raya! tapi kalau nak best lagi buat sendiri sebab boleh buat kuah pekat-pekat ngan letak ikan bebanyak kat kuah tu! kalau yang jual punya ni biasa kuah dia akan cair...biasa la, carik makan. kesimpulan : ala, bedal jer la!
menu-menu lain yang harus dimakan adalah sotong bakar dan kerang bakar. tapi yang ni rasa dia sama jer walau makan kat memana. secara keseluruhan, trip ke penang menjanjikan keriangan dan kepuasan! next year nak repeat lagi!ok, chow dulu! semoga bertemu lagi di episod seterusnya dalam rancangan makan-makan cari jalan!babai!
hasil nukilan : si abang