Archives

gravatar

persembahan pari-pari dari kayangan

cakap banyak tak guna..ni amik resepi ni..

Sardin 1 tin
Santan
Kunyit hidup
Cili padi
Daun gelugor

Cara2 nya..
Tumbuk kunyit dan cili padi sampai LUMAT..masuk kan dlm periuk,masuk kan santan dan garam..bring to boil..agak2 dah nak melegak,masuk kan sardin tapi masuk ikan sahaja!!tak yah la sampai basuh ikan tu..bila dah mendidih dan ikan dah masak,tutup api masuk daun gelugor..kacau2 skit kasi dia layu..ini memang terbaekkk gua cakap lu..



Nukilan-si adik

gravatar

BENSON & HEDGES GOLDEN DREAM - PART ONE FROM THE TRILOGY

aku selalu ada impian yang aku angan-angankan yang mana aku rasa kalau la dapat masuk benson & hedges golden dream, mesti aku macam ala-ala amy mastura dalam citer puteri impian. ceh! ok, aku ada a few impian yang aku selalu angan-angankan. aku citer satu-satu dulu eh.

aku selalu impikan aku boleh main seruling bambu. aku nak sangat main seruling bambu sambil duduk kat pondok buruk tengah sawah. dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, cuaca cantik dan diselangi pulak dengan irama seruling bambu yang aku tiup, huh! sure hati aku tenang. tapi yang spoilnyer bila angan-angan aku tu berlarutan. aku pikir lagi, ada ker pondok buruk kat tengah sawah? aku ni memang takder pengalaman pasal sawah bendang ni. dan kalau ada pun untuk apa. apa ke hal la pulak nak buat pondok buruk kat tengah sawah. lain la kalau ada dusun durian kat tengah sawah tu. boleh la duduk kat pondok buruk tunggu durian jatuh. pastu confirm ker suasana tu seperti setenang yang aku gambarkan? ntah-ntah time nak tiup seruling, tractor bajak pun lalu. terus potong golden dream aku...


hasil nukilan : si abang

gravatar

KASIH SAYANG DIKONGSI BERSAMA

haaa..tajuk macam gempak..tapi sebenarnya gua nak kongsi resipi pasta ngan lu orang..gua percaya ramai yg suka makan pasta..sebab tu gua nak share..(bile nak start ni??)
Pasta ada bermacam jenis..(ingat dah mula bagi resipi dah)..pelbagai jenis cara masakan boleh dimasak(booo..bila nak start bagi resipi woi??)..ok2..gua bagi skang..

Bahan-bahan:

Ayam (peha dibuang tulang)
Shallot
Garlic
Tumeric (jgn guna serbuk)
Cumin&fennel (jgn guna serbuk)
Cara2:
Blend sume bahan kecuali ayam!!letak gula dan garam secukup rasa..gula biar lebih skit..tapi jgn manis sampai kena potong kaki!!perap kan ayam bersama bahan tadi..agak2 dah 2 jam,bakar ayam tu..masa bakar kita sedia kan pasta nya pulak..

Pasta (kalau boleh guna spinach taglitelle)
Garlic
Shallot
Cream
Egg yolk
Cara2:
Mula2 panas kan minyak,tumis shallot dan garlic..tuangkan cream dan sedikit air..(kuah biar banyak) season kan dgn garam dan chic stock powder..ngam??masuk kan pasta yg dah di blanch..kalau nak letak kacang ijau yg dlm tin pun boleh gak..dah masak,tutup api..masuk kan kuning telur dah kacau kasi sebati..dah siap tuang dalam pinggan..letak ayam yg dah masak kat atas..taraaa..siap






hasil nukilan : gagak di rimba..acah je..
hasil nukilan : joe/kissdachef ( si adik)

gravatar

HIDUP DI PERANTAUAN

takbir raya dah makin sayup gua dengar..lagu r&b makin kuat berbunyi..apa tak nye..gua kena keje time raye korban.dah la sakit perut..aduhh..
Tapi nasib baik mak gua masak rendang rusa ngan nasik minyak(mak gua training masak utk anak yg nak kawin ke??)
Dah sampai tempat keje mcm biasa la..dah tak de benda nak buat..so gua nak tido..chow


hasil nukilan : si adik

gravatar

RUANGAN MARI MENGENALI PISAU - PART INTRO

ok, kali ni kita akan melihat pisau-pisau pulak. entri ni sebenarnya kira macam intro untuk next entri nanti iaitu ruangan mari mengenali pisau. tapi ruangan mari mengenali pisau ni hanya akan dilihat dari koleksi pisau-pisau kepunyaan sendiri jer. ada beberapa bilah. jadi la tu. so, ni overall pandangan kesemua koleksi pisau yang gua ada sekarang.
(klik kat gambar kalau nak tengok as single image)



 belum lagi. ni masih dalam knife roll dia lagi



 bukak simpulan dia dan bukak kan dia. bukakkan kain yang tutup dia tu sekali pastu



ha, macam ni. then, nampak dah pemegang pisau.


tarikkan dia sket tengokkkk...ha, dah nampak dah



tengok dekat sket....

ok, so dah nampak pisau-pisau kan? ok, ni la dia koleksi pisau memasak gua. nanti isu ini akan kita kupas satu-satu dengan lebih terperinci di hari dan waktu yang sama. tarikh jer tak sama. ok? orait...gua gerak dulu...apa-apa hal lu orang roger ok! chow!


hasil nukilan : si abang

gravatar

LET DOWN

sampai je rumah malam tadi, tanggalkan semua yang ada kat badan kecuali boxer, terus amik mp3 player, sumbat kat telinga, search lagu 'let down', on repeat mode, tutup lampu, tido. sampai pagi bangun dgn lagu let down. gi keje naik motor sambil earphone mp3 player still lagi dengarkan lagu let down lagi. sampai opis on komputer, amik headphone kat cpu, pasang window media player, play on repeat mode, lagu let down lagi.

arini aku nak dengar ni jer...tak nak dengar benda-benda lain. aku memang down arini. aku tukar layout setting blog ni sebagai tanda down aku walaupun aku tau benda ni takder kaitan. hujan pulak kat luar tu. sejuk. memadankan lagi lagu ni dengan keadaan sekeliling.

setiap kali aku down, aku akan dengar lagu ni walaupun kekerapan down aku tu agak terlalu sedikit jika distatistikkan. tak kisah la down tu earth ker, downtown ker janji ada perkataan down aku mesti dengar lagu ni. bila asyik repeat lagu ni kengkadang dia melayang bawak aku ke satu skrin yang tak wujud kat depan mata aku. aku nampak aku jalan kat bourbon street on winter sambil pakai winter jacket. sama macam orang russia cuma beza dia aku tak pegang vodka jer kat tangan sambil background music dia lagu let down ni.

serius aku down dowh...

"one day - i'm going to grow wings - a chemical reaction - hysterical and useless..."


hasil nukilan : si abang

gravatar

pepper lunch!

sizzle it your way! fine steak, great value. huh! tagline dia pun dah cukup meluluhkan hati dan perut yang sedang lapar. memang pun. ok, citer dia camni... hari ahad aritu kuar g shoot pre-wedding utk 'si adik'. (huhuhuhuh..chef kecik nak kawin!) memula gi sentul park. lepas gi sentul park sambung shoot kat bukit bintang. then try masuk pavilion...buat shoot sket dalam tu...sambil shoot, sambil jalan sampai perut lapar.
"joe, nak makan mana?"
"tak kisah la memana, kat bawah pun boleh gak"
"ok, jom!"
so, kitaorg pun turun eskalator. sampai jer kat bawah, pandang jco donut belah kanan. then pandang kiri nampak satu kedai ni. dia tulis 'pepper lunch'


ok, first of all, nak bagitau, walaupun bawak kamera, tapi bila dah jumpa makanan, kamera pun lupa. so tak der satu pun gambar yang diambik.
"joe, jom tgk kedai ni, mcm best jer pepper lunch ni nampak!"
tengok punya tengok, memang best pun! kedai pepper lunch ni kedai jepun. menu dia pun jepun macam teriyaki pepper chicken, beef pepper rice with cheese (uhhhh!!!!), salmon pepper rice dan memacam lagi la makanan yang berasaskan pepper.

cara dia senang jer, langkahkan kaki masuk kedalam kedai tu, beratur sambil pilih menu. sampai turn kat kaunter, cakap kat budak pompuan jaga kaunter tu menu apa nak  then bayar. pastu duduk. dalam 5 minit, ada pelayan perasaan datang bawak menu yang dah diorder tu dalam sizzling hot plate. then, kita kena masakkan menu tu. contohnya kalau kita pilih double teriyaki hamburger steak,so kita kena terbalik2kan

steak tu sampai setakat mana kita nak dia masak. nak rare ker, nak medium rare ker, medium ker, medium well ker ataupun well done! so ikut kita la. then dia kena letak kicap. kicap ni bukan kicap yang macam kicap kipas udang tu. dia ada 2 jenis kicap. satu nama dia garlic soya sauce, lagi satu honey brown sauce. pepandai la tuang. kalau tak sedap, salahkan tukang masak! cracked black pepper pun ada diletakkan sekali bersebelahan 2 botol kicap itu. so, setelah selesai memasak, makanan tersebut boleh lah dibaham. jgn lupa baca bismillah.

oleh kerana aritu perut lapar sangat dan sangat teruja dengan aktiviti memasak, maka gambar masakan tu pun pun macam biasa telah lupa untuk di snap. lepas licin sizzling plate tu baru la teringat. "alamakkkk, lupa nak amik gambar"


hasil nukilan :
si abang