Archives

gravatar

ANAK-ANAK RAJA

Scene one, take one!

Lokasi : Di dapur rumah.
Masa : Tak berapa pasti tapi yang pasti ianya siang hari suatu ketika dahulu.
Situasi : Si abang dan si adik sedang berada di dapur. mereka berborak-borak sambil mengeksperimenkan resepi-resepi ciptaan sendiri yang akhirnya hanya lalu dimakan oleh mereka berdua sahaja. Kadang-kadang mereka berdua sendiri tak lalu nak makan apa yang mereka eksperimenkan.
Perkara yang dibincangkan adalah isu semasa ketika itu di mana Yam Tuan Besar Negeri Sembilan yang telah mangkat  (Almarhum Tuanku Jaafar) telah diganti oleh Yam Tuan yang baru (Tuanku Mukhriz). Okay, memandangkan si abang dan si adik ini ada berketurunan raja dari Negeri Sembilan, maka terjadilah perbualan di bawah :


Si adik : "Dengar cerita, ayah nak check balik salasilah kita sejak Yam Tuan baru dah ditabalkan ni." Kata si adik sambil memegang sebelah tangan cekak pinggang dan sebelah lagi menggoncang tangkai frying pan yang berisi makanan yang sedang dimasak dan dieksperimenkan.

Si abang : Apasal pulak?

Si adik : Dengar citer, kita lagi rapat dengan susur galur Yam Tuan yang baru ni.

Si abang : Hah! Cantek la tu! Suruh la ayah check. Untung-untung esok dapat kita duduk kat istana!

Si adik : A'ah la kan...macam best gak kan kalau camtu?

Si abang : Kau rasa-rasa la kan...kalau la kita nanti dapat tinggal kat istana, mesti hidup kita dah lain macam sikit kan? Kau agak-agak kalau kita duduk istana nanti, abang pakai kancil lagi tak?

Si adik : Huh! kalau dah duduk istana, takkan lah pakai kancil.....mesti la pakai kancil turbo!

gravatar

KONGRATULASI!

tahniah lah diucapkan kepada si adik a.k.a chef kecik kerana telah berjaya mendapat karier baru sebagai personal chef. dengan adanya kerjaya baru ni sebagai anjakan paradigma, jangan lupa la belanja abang nanti sebab abang baru jer terjumpa satu artikel kat link ni :

http://www.job-employment-guide.com/chef-salary.html

antara yang sempat di copy paste dari link kat atas ni adalah :

"Personal chefs are different from private chefs in the way that they work. Private chefs work for one client and work 4-5 days a week. Personal chefs however work about once a week and get a whole lot of benefits such as freedom, good pay and a chance to be creative at work. They include professional chefs as well as single moms. Personal chefs shop for fresh food before cooking and they prepare customized entrees in their clients' kitchens, leaving the homeowner with detailed thawing and reheating instructions.Personal chefs charge per hour (USD 20-25 and up to 40), per meal and can make up to USD 300 per day. Personal chef salary could range from $30,000 to $50,000 a year, based on clients and charges per meal."

perenggan yang lain tak yah baca lah...tak penting pun, tak yah klik kat link tu pun takper sebab segala isi penting dah diluahkan pun di sini.

chow!


hasil nukilan : si abang

gravatar

SEMUA NYA SALAH UDANG!!

Hai..arini 6 feb 2010..pagi tadi mak aku sarapan MEE SUP DAGING ngan BIHUN PEDAS RONGGENG kat umah aku..tgh hari plak mertua aku (kantoi aku dah kawin) dtg,so bini aku masak UDANG MASAK LEMAK NGAN KACANG BUNCIS..di sini lah semuanya bermula...
Bini aku masak udang tadi tak pedas..so aku tak puas ati..udang tu dah la aku beli kat sarawak..so,esok aku nak beli udang lagi,buat TANDOORI UDANG DGN SOS GARLIC BUTTER..(LUNCH)
B/fast aku nak makan SHABU2..

Ni aku adiah kat korang..resipi udang tandoori..

Bahan2
Udang galah yg besar2
*Garlic
*ginger
*shallot (skit je)
*garam masala
*cili powder
*lime juice
Yogurt

Blend bahan2 yg ada *
Season dgn garam dan pepper,perap 2 jam..
So,dah 2 jam,bleh la bakar udang ni..sos plak

Garlic (chopped)
Cream
Lemon juice skit
Seasoning
Butter

Masak mcm biasa..sos dah agak pekat bleh la di angkat dan dihidang..

Cadangan hidangan:
Dgn hot crispy baguette (beli kat c4)





Nukilan-si adik

gravatar

FUN FACT FOR TODAY






hasil nukilan : si abang

gravatar

FRENCH FRIES SEJUK YANG PALING SEDAP PERNAH KU MAKAN!

Betul beb! Tak tipu! Tak penah aku suka makan french fries sejuk apatah lagi kalau french fries sejuk yang sangat sedap! Okay, straight to the point la eh. Aritu, beberapa minggu yg lepas, sambil drive keta nak balik rumah lepas selesai job amik gambar kat wedding, petang time tu lebih kurang kul 6, aku dapat panggilan telefon. time tu dah nak dekat sampai umah dah. So, dengan tenang aku jawab panggilan tu. Lerrr...Yana yang call rupanya. Yana ni dia p.a Datin Lynda. Datin Lynda ni adalah boss dan pemilik Lyndarahim Kuala Lumpur. Lyndarahim Kuala Lumpur ni pulak adalah sebuah butik pakaian pengantin, pelamin dan decoration, a.k.a wedding planner. wedding planner ni pulak So, berbalik kita kepada Yana punya phone call tadi, ok camni dia cakap :
Y : Abang Kusha!
K : Ye!
Y : Abang Kusha kat mana?
K: On the way balik umah. Baru abis job kat Ampang. Naper Yana?
Y: Errr...Yana nak ajak Abg Kusha ni kalau Abg Kusha free.
K: Gi mana?
Y: Gi karaoke.
K: Boleh! Sekarang gak Abg Kusha u-turn!
(sambil tangan kiri dah capai gear dan tangan kanan pegang stering. Kepala disengetkan ke bahu kanan untuk mengepit handphone kat telinga)
Y: Bukan sekarang la Abg Kusha....malam ni la...kul 9. Kat imbi tau!
K: Ooooo...apasal tak cakap siang-siang.
Y : Ni siang la ni. Apa la Abg Kusha ni.
K:  Ok la, jumpa malam ni, take care. Bye Yana, I love you too!!! (sambil mengangakan mulut dan mengenyitkan mata)
Y : Giler ke Abg Kusha ni? Bila masa Yana cakap i love you? Jgn nak mengada eh. Sudah lah. jumpa malam ni. bye!
Klik! bunyi handphone dimatikan dan perbualan selesai di situ. (Tipu! Handphone mana ada bunyi klik. Kalau telefon rumah ada la)

So, malam yang dijanjikan datang dengan tepat setepat-tepatnya. Team Lyndarahim Kuala Lumpur semua ada. Dari yang besar sampai la yang kecik. Dengan bilik yang paling besar kitaorang mendominasi, maka bermulalah acara berkaraoke sambil makan-makan yang diorder kat karaoke tu. Ok, kitaorg order chicken wings, french fries dan ais satu bucket. Air tak order sebab air Yana dah bawak. Dia beli kat luar. Bagus Yana ni.

So, dikala diaorg tengah sibuk berkaraoke dan Yana yang tengah bersemangat waja menyanyikan lagu Inul sambil membuat goyang gerudi, aku yang datang sorang ni sibuk la memakan chicken wings. Maklumlah, benda tengah panas. "Agak sedap gak rasa makanan kat karaoke ni yang baru 1st time aku pegi", desis hati kecilku sejurus sahaja menghabiskan isi chicken wings yang telah kupatahkan tulang sayapnya dan menarik tulangnya keluar untuk mendapatkan isinya semata! Karaoke lain aku penah pegi tapi tak der la sesedap camni makanan dia. French fries aku tak makan dulu. Apa la sangat french fries dikala ada chicken wings.

Masa berlalu tanpaku menyedari, dah 2 jam lebih kitaorg kat situ. Makanan masih ada, Tapi banyaknya french fries jer la. Chicken wings dah tinggal tulang-tulang berselerak. Aku yang melepak saja ni mulanya rasa takder apa nak buat sebab diaorg yang lain tu kalau dah pegang mic, tak nak lepas. Time tunggu next song pun mic masuk dalam poket seluar. So, aku meliarkan la tangan aku mencapai sebatang french fries yang dah sejuk kena air-con yang kuat tak hengat! Memula rasa satu. Tak der rasa apa at first, cam biasa jer, tapi bila dekat-dekat nak abis kunyah tu rasa macam best la pulak. So, amik lagi satu. ye la, mana la tau kot-kot yang satu tadi tu jer yang desap. Huh! Sedap jugak! Tak boleh jadi ni! Maka, satu demi dua demi tiga dan akhirnya segenggam french fries sejuk dalam genggamanku! Huhuhuhu...lantak korang la nak menyanyi ker, nak berjoget naik atas meja ker..aku tetap dengan french fries sejuk itu. Ye tuan-tuan, french fries sejuk itu amat sedap sekali. Kesedapannya sehinggakan boleh buat aku terlupa nak review in detail pasal chicken wings yang aku makan sebelum ni. So, kalau korang nak try, pergi la kat Imbi Plaza punya KTV dan order la french fries pada minit pertama korang masuk bilik dan makan 3 jam selepas itu, nescaya kamu akan merasa salah satu dari nikmat dunia. tak tau la memang betul-betul sedap ker atau aku yang memang lapar sebenarnya...


hasil nukilan : si abang

gravatar

BACHELOR'S KITCHEN

selamat tahun 2010! huhuh...tahun 2010 ni dimulakan dengan dapur baru yang honestly boleh kata dalam 90% la siap dan sudah boleh digunakan. well, dapur orang bujang,,,so, simple jer la...dengan berkonsepkan ala-ala wine bar yang jadi tak jadi, dapur ni asalnya nak letak semua putih...tapi last-last jadi hitam, putih dan stainless steel. ala, hitam on top jer, yang lain semua putih, wine glass hanger and handle bar stainless steel. sedikit sebanyak, ni la rupa dapur orang bujang.....



hahah! ni la dia...simple sesimple simplenya....ok, kita try tengok dari angel lain pulak....





okay, satu lampu dah tak menyala dan kehadiran axion tu (gambar no 1) bukti dapur tu dah digunakan. okay, next!





tengok! dengan sekelip mata axion tadi sudah hilang! magic bukan?

ok, kenapa ianya 90% jer siap? jawapannya sebab ada lagi 10% tak siap. simple calculation. ok, ada lagi sikit-sikit benda lagi yang tak der dan tak siap...barang-barang dapur dah ada. yang perlu diselesaikan untuk menjadikannya 100% di antaranya adalah seperti ni kat bawah ni...




magnetic knife bar yang tak di drill lagi kat wall





kemasukan spices ke dalam bekasnya. sebelum masuk, kena beli dulu. itu pun belum beli lagi...huhu




pembelian goblet dan wine glass untuk dipenuhkan kat dia punya holder

hal-hal lain adalah seperti menghubungi kontraktor mengenai defect terhadap dapur ni seperti gambar kat bawah ni :

1. kekemasan wayar yang tak sepatutnya tergantung...apa la salah kalau klip kan wayar tu kat dinding...adoyaiiii

2. ok, yang ni agak kecewa jugak. bila siap jer pasang then try letak botol sparkling grape tu kat wine rack tu tapi tak muat. kecik! haaaa....rasa nak nak tukar kalau boleh!!!

3. rasanya yang ni kena letak floor mat yang getah punya tu. camner nak cakap eh...ala yang macam kat flaring bar pakai tu. baru la botol tak pecah kalau jatuh. sambil tu, boleh tutup lubang putih yang kecik tu.

4. orait, ni nanti just pegi ikea beli balik mentol dia.done!

5. yang ni takder dalam gambar....bar stool....tak beli lagi...

semoga lepas ni boleh memasak dengan boogie atau rnb atau house music berkumandang di ruang tamu. barulah cooking with groove!


(dan di balkoni, table for two di bawah sebiji lampu neon samar di waktu malam sambil menikmati nite view dan grande latte sambil berbackgroundkan irama jazz....huh!berangan!)



hasil nukilan : si abang