gravatar

garlic prawn

pagi ni handphone berbunyi tanda e-mail masuk. "uhh, saper pulak ni?" desis hati kecil ku. hahah!! ok, it was my cousin. email tu bunyinya lebih kurang begini (email berbunyi?),  "boleh tak sekali lagi minta tolong emailkan resepi garlic prawn. dulu rasanya dah save dalam resepi folder tapi harini cari tak jumpa:.
so, ok, dengan mengambil langkah bijak, bukak saja send mail tu and foward balik kat cousin tu. then copy and paste resipi tu kat sini. bagus!

ok, ni dia resepi untuk 'Garlic Prawn':

bahan-bahan untuk dibahan :

ayam. hahahahah acah ajer...mana masak udang pakai ayam!!!

ok, serius...udang (kalau nak best, beli la udang yang mahal macam udang kertas ker)


bawang putih (kalau ikut chinese style, diaorg suka banyak bawang putih tapi kalau ikut telenovela indonesia, jangan letak bawang merah sebab bawang merah jahat!!!bahah!)

cili padi ( ni pun agak-agak jugak la...nak pedas letak la lebih)

daun kari (3-5 batang)

telur 1-2 biji (bergantung banyak mana udangnyer)

gula (1-2 sudu besar)

garam (secukup rasa)

kuali,minyak, dapur dan tong gas...hahahahah


ok, cara-cara membuatnya pulak ye :


udang dibersihkan, dipotong tanduk depan dia tu ngan guntingkan misai-misai udang tu...jangan lupa belah sekali belakang badan udang tu, sebab kita nak kasi dia garing time goreng nanti.

selepas itu, pecahkan telur ke dalam bekas dan gaulkan bersama udang. masukkan gula dan garam sekali dan gaulkan sehingga boring.

panaskan minyak kat dalam kuali tu...pastikan minyak banyak sikit dan tunggu bila betul-betul panas then masukkan udang. udang kalau banyak jangan masuk sekali sumer...masuk sikit-sikit...baru dia garing. kalau banyak kena goreng berperingkat. tapi bila dah angkat udang peringkat pertama, jangan terus masuk untuk peringkat kedua lak...tunggu dulu...panaskan minyak yang still ada dlm kuali tu seminit dua then baru masuk udang peringkat kedua pulak...sama gak untuk peringkat yang lain pun. paham tak ni?

ok, selepas semua udang selesai digoreng garing, tiba lah masa untuk kita buat tumisan dia pulak ye puan-puan....ok, udang yang dah digoreng tadi diasingkan dulu...jangan ratah pulak sekor-dua puan shiela oi....

ok, bawang putih tadi di racik kecik-kecik... sama gak ngan cili padi tapi cili tu jgn la kecik sangat...

panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan cili tadi ok...then agak-agak dah bau wangi tu masukkan daun kari tu.

sejurus sahaja masukkan daun kari tu, (fullamak sejurusss...ayat tak tahan...) jgn tunggu lelama, terus masukkan udang tadi dan gaulkan sehingga rasa puas menggauli udang tersebut.

then, boleh la angkat dan masukkan ke dalam pinggan dan udang tersebut sedia untuk dimakan.

baca bismillah dulu!
 
 
hasil nukilan : si abang

gravatar

lepas dah masak, masukkan dalam tupperware yang siap adda sudu dan garpu dan bagi kepada kawan dan biar kawan tu simpan tupperware tu lama2 tak pulang2. eh. eh.

gravatar

itu kau weda! ha, kan satu dunia dah tau! kau yg start dulu, aku tak tau!!!

gravatar

adekah ini blog lelaki melayu pertama berkisar ttg msakan.

Antony Bourdain.
jamie Oliver.
Hawt.

gravatar

zati : hahahah...tak penah pulak terlintas kat fikiran nak search kat google box 'blog lelaki melayu pertama berkisar tentang masakan.' beb, aritu antony bourdain datang malaysia! rugi tak dapat jumpa!

gravatar

tp die tu kerek a kan kdg2 rasa nk tutup tv.
tp sebab kerek a nmpk best.


apetah.

gravatar

zati : takper, biarkan dia kerek. janji nigella hot! huh!