Archives

gravatar

kad raya

selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada para muslimin dan muslimat di seantero dunia. semoga menyambutnya dengan penuh makna...
hasil nukilan : si abang

gravatar

kerang goreng

bawang ditumbuk separuh lumat,begitu juga bawang putih dan cili..serai dititik..ditumis semuanya sehingga kuning keemasan,masukkan kicap kipas udang warna merah,sedikit perahan limau,garam dan gula..masukkan kerang..itu lah kerang goreng kek umah ateh pidah semalam...

hasil nukilan : si adik

gravatar

ye lah! ye lah!

"kusha, update la blog!" sergah pa'an kepadaku sejurus sahaja aku bangun dari kerusi untuk balik ke rumah selepas bersahur di kedai mamak. lantas aku memusingkan badan dan melihat pa'an yang baru sahaja habis bercakap sambil memegang telefon bimbit dan menekan pad kekunci dengan menggunakan ibujari kanannya manakala telunjuk kirinya diacukan ke telinganya sambil mengoyang-goyangkan jari tersebut. "ah, barangkali pa'an telinganya gatal" desis hatiku pula. lantas aku menjawab sergahan pa'an itu, "ye lah! ye lah!". kulihat pa'an mengukir sekuntum senyuman apabila aku menjawab sergahannya itu. mungkin jawapan itu positif barangkali.

uuuhhh....kat atas ni sebenarnya mukadimah jer...dan ianya adalah satu percubaan menulis menggunakan bait-bait bahasa yang pernah aku belajar time kelas sastera dulu. time tu belajar analisis novel & cerpen.tapi spm dapat c6. salah satu tajuk buku yang digunapakai time tu adalah 'kelapa nan sebatang'. aku ingat lagi watak utama dalam citer tu...lebai pa nama dia. tapi citer dia aku dah tak ingat dan yang penting citer dia bukan citer pasal pokok kelapa yang sebatang tu...dan yang lagi penting, aku bukan nak citer pasal pokok kelapa mahupun kelas sastera. ok, kembali kepada subjek asal.

pa'an sebenarnya sebelum ni penah makan masakan aku yang aku buat untuk open house umah opie raya tahun lepas.ada la 2-3 jenis masakan tapi si pa'an ni lebih bernafsu kepada masakan ku yang bertajuk 'ikan kerapu masak......masak.....eerrr...masak....jap! telefon adik aku jap tanya.....

ah! ok, dah! nama dia 'spicy grouper with mango kerabu' atau nama melayunya kerapu masak pedas dengan kerabu mangga. sejak makan masakan aku tu, si pa'an ada tanya aku dulu, setahun lepas pasal resepi dia, tapi aku kata nanti aku bagi. pejam celik pejam celik, dah pun setahun. sampai sekarang aku tak bagi-bagi lagi pa'an resepi tu. then agaknya aritu pa'an teringat agaknya. so, dia tanya soalan yang sama lagi. time tu aku jawab, "kau tengok kat blog aku la". konfiden jer jawab padahal tak der pun resepi tu! tu yang selang baper hari lepas tu, kitaorang sahur kat kedai mamak dan dia suruh aku update blog sebab dia dah tengok blog ni tapi takder entry pasal resepi yang dia mintak tu.

ok pa'an, kali ni aku bagi. ni resepi dia.

'spicy grouper with mango kerabu' (tapi untuk resepi ni aku tak nak letak camner nak buat kerabu mangga sebab dah ada kat prevoius entry. untuk resepi kerabu mangga tu kau klik kat entri mangga muda ni.)

ok, untuk resepi kerapu ni, memula, kau pegi pasar, beli ikan kerapu. suruh tuan kedai tu siang siap-siap. balik umah kau lumur eehhhh...kejap...kejap....terus cara nak buat jer...bahan-bahan takder...
ok, bahan-bahan dia :

1) for sure la ikan kerapu
2) tepung
3) bawang putih, bawang merah (bukan citer tv tu tau!)
4) cili
5) halia (yang ni aku optional jer sebab nanti nak makan kerabu mangga takut tergigit halia)
6) nam pla
7) thai sos (thai sos adalah merupakan rahsia dalam masakan aku)
8) limau nipis
9) sedikit air
10) garam secukup perasaan

ok, cara buat dia, lumurkan ikan kerapu tu dengan tepung sambil minyak di dalam kuali dipanaskan. bila minyak dan hati dah panas, masukkan ikan tersebut. gorang sehingga garing dan angkat apabila ikan tersebut menjadi berubah menjadi raksaksa warna emas kekuning-kuningan atau kuning keemas-emasan. tak kisah la mana satu kan, so, letak ikan dalam pinggan. sekarang kita buat sos dia pulak.

untuk sos dia, memula kita tumis bawang putih, bawang merah dan cili. kemudian kita curahkan sedikit air masak atau air mineral kalau nak lagi riak! (time tulis ni aku imagine camner agaknya kalau kita masukkan air ecpi) lepas tu, perahkan sedikit limau nipis dan nam pla. masukkan thai sos kemudiannya dan kacau sehingga sebati. akhir sekali masukkan garam. (tak der la akhir, sebab akhir dia acara makan!) dah siap! tuangkan sos tersebut ke atas ikan dan ianya ready untuk dimakan. kalau nak rajin lagi letak la kerabu mangga sekali. tapi yang ni ikut suka kau la pa'an sebab kerabu mangga ni tak wajib pun sebenarnya walaupun tajuk dia ada tulis kerabu mangga. tajuk tu aku sajer jer letak, saja nak bagi nampak panjang. konon-konon susah la nak buat dia.

so, tu la dia pa'an. semoga kau try buat selepas lebih setahun kau tanya aku dan bukannya hanya poyo tanya-tanya jer dan semoga kau bukan blog aku ni dan baca entri ni dan jadi follower blog aku ni.dan aku tau, sekarang kau baru jer touchdown kat melbourne kan? kau tak update aku pun kan?

hasil nukilan : si abang

gravatar

malas nak masak

arini ngantuk sangat...malas nak masak...nak beli jer kat pasar ramadhan untuk berbuka kang...apa yang nak dibeli dah dilistkan kat bawah ni :

ok...nak shutdown komputer dah...tak laratttttttt.....

hasil nukilan : si abang

gravatar

penang, here i come!

a week before ramadhan... eehhhmmmm...mmm...jap...jap...eehhmmm..ok, seminggu sebelum ramadhan aritu gua pegi ni beb, penang! memang trip yang dinanti dan ditunggu-tunggu sebab kalau gi penang ni best yang teramat! tempat cantik...banyak bangunan era kolonial...(ni maksud dia kat pulau eh, bukan kat tanah besar eh) cantik! terkesima gak dulu time memula gi penang tengok kfc dia kat british building. giler gempak! tapi matlamat utama ke penang adalah untuk menerjah ke kedai-kedai makan diaorang sebab makanan kat penang best-best!

ok, kita pergi ke destinasi pertama. nasi kandaq! aritu pegi makan nasik kandaq line clear! kedai ni bukak 24 jam. kedai kat tepi lorong jer, so pepandai la carik tempat duduk. secara keseluruhan, line clear ni famous sebab nama je kot coz nasik kandar deen kat jelutong lagi best sebab ayam dia sedap dan garing yang teramat!sampai tulang pun garing! kuah kari yang campur dengan kas-kas membuatkan korang sure mengantuk balik lah lepas makan walaupun korang bangun pukul 2 petang dan terus gi makan kat nasik kandaq deen kat jelutong tu! kesimpulan : nasik kandaq deen lagi best!

ha, yg korang tengok ni pulak, gurney drive...kalau kat kl ni jalan gurney dah jadi jalan semarak...so gurney drive ni maknanya semarak memandu la kot... kat sini tempat makan-makan yang menawarkan pelbagai makanan. cewah, macam maria tunku sabri lak cakap. so, masa gi makan kat sini aritu macam-macam yang diorder. 1st order ni dia :
                                    
 Pasemboq!!!!! atau nama kebangsaan dia pasembor. uuhhhsedap ni...terliur di bulan remdan ni! ha, yang ni memang best! tapi hati-hati ketika memilih! pilih memang sedap tapi nak membayarnya nanti menangis! dinasihatkan tak payah pilih mengikut nafsu serakah sangat sebab nanti dia potong-potong jadi banyak gak! ni adalah benda yang wajib dimakan kalau ke penang! kesimpulannya, pasemboq best dan harus dicuba bagi yang tak penah cuba. cuba jer kat memana kat gurney drive tu ataupun kat padang kota. ok, next!!!

apabila disuruh memilih diantara mee udang atau char kuey teow, ternyata char kuey teow memenangi acara pilih memilih ini. satu sebab mee udang tu mahal sebab udang dia lagi mahal dari harga mee. lagi satu, memang nafsu serakah masa tu kata untuk pilih char kuey teow. chay kuey teow yang dalam gambar ni sebenarnya tak sama dengan yang kat gurney drive tu sebab ni gambar amik dari google image.(termasuk la sumer gambar dalam entry ni). char kuey teow ni ada gak udang tapi tak der la semeriah dan sebesar mee udang tu. char kuey teow kat gurney drive ni rasa dia sama jer macam edy chay kuey teow kat kl ni. mungkin sebab resepi dia orang dah tau kot. tu yang boleh rasa char kuey teow penang kat kl tu! tapi, alang-alang menyeluk char kuey teow, biar sampai habis dimakan! kesimpulan : char kuey teow tersebut berjya dihabiskan walaupun selepas makan pasembor tadi. kemudian, ada lagi satu :
 
laksa penang!!!! ha, yang ni pun memamg sedap! rasa macam makan time open house raya! tapi kalau nak best lagi buat sendiri sebab boleh buat kuah pekat-pekat ngan letak ikan bebanyak kat kuah tu! kalau yang jual punya ni biasa kuah dia akan cair...biasa la, carik makan. kesimpulan : ala, bedal jer la!
menu-menu lain yang harus dimakan adalah sotong bakar dan kerang bakar. tapi yang ni rasa dia sama jer walau makan kat memana. secara keseluruhan, trip ke penang menjanjikan keriangan dan kepuasan! next year nak repeat lagi!ok, chow dulu! semoga bertemu lagi di episod seterusnya dalam rancangan makan-makan cari jalan!babai!
hasil nukilan : si abang