hari sabtu aritu kitaorg balik kampung. konon-konon nak sambut 1st ramadhan kat kampung la. tapi last-last, bertolak dari kl kul 10.30 malam. hampeh...singgah lcct jap amik wani balik cuti seminggu dari sibu.sampai kampung dalam kul 1 pagi, lepak jap, rehat sambil bincang kuiz ramadhan untuk esok. ye, kuiz ramadhan minggu ini adalah setiap anak-anak kena masak satu resepi untuk sajian berbuka. ok, tido dulu.....zzzzzzz....
ok, ni kira dah masuk hari ahad la....so, pagi tu bangun, tengok wani ada bawak balik udang galah ngan lagi satu tu udang jenis apa ntah dari sibu...ok, boleh masak lauk udang...tapi aku lebih bersemangat untuk masak sambal daun kayu. sambal daun kayu ni nama jer sambal tapi dia sebenarnya bukan sambal pun....lebih kepada masak lemak cili padi bersama tempoyak ye puan-puan...tapi disebabkan orang panggil nama dia sambal, so, kita ikut jer la eh! lepas tu kenapa ada nama 'daun kayu' aku pun tak paham sebab tak der pun kayu dalam masakan tu! tapi daun ada la. sambal daun kayu ni rupa dia hensem gak la... dia kaler kuning macam kaler masak lemak cili padi cuma dicampur dengan tempoyak dan beberapa jenis daun. kalau ikut citer orang tua-tua dulu, dia campuran 99 jenis daun. huih! daun apa sampai 99 jenis tu? daun terup pun masuk agaknya...tapi sekarang kalau orang tak pakai dah daun banyak-banyak camtu...paling kuat pun 7 jenis daun jer...kalau malas lagi selai dua pun boleh gak kalau nak.
ok...bermulalah pengembaraan sinbad mencari daun-daun untuk dimuatturunkan ke dalam masakan itu nanti...kejap...kejap..err...salah satu sebab rajin nak masak lauk ni sebab boleh gi main carik daun-daun...kot tak, tak tau apa nak buat....ok, sambung..so, daun-daun yang berjaya dijumpai adalah:
1) daun kunyit dalam 2 helai sudeyyy
2) pucuk ubi...amik la segenggam dua...amik yg pucuk jer tau! nama pun pucuk ubi
3) daun labu...yg ni nak amik banyak sket pun takper
4) daun kadok...ni dalam 2-3 helai jer...tak yah bebanyak...daun kadok ni rupa dia macam daun sirih tapi dia tumbuhan menjalar...
5) petai (biasanya orang letak petai tapi kitaorang tak letak sebab tak makan petai)
then bahan-bahan yang lain
6) serai dalam 3-4 batang
7) cili padi dalam 10 bijik(bijik ker penjodoh bilangan untuk cili ni?)
8) kunyit hidup (kunyit hidup yang dimaksudkan di sini adalah kunyit yang tumbuhan tu...bukannya serbuk kunyit)
9) santan kelapa (kalau dah santan tu mesti la dari kelapa...takkan santan stroberi pulak kan?)
10) tempoyak
11) garam secukup rasa
12) dapur, periuk dan tong gas!hahahahah
kalau nak ikutkan, ada lagi daun yang nak kena amik tapi disebabkan matahari dah memancarkan sinaran kepanasannya, maka "ah, sudah la tu. banyak ni jer cukup lah. sendiri yang nak makan", bicara sang penyair sendirian di dalam hati bagi menyedapkan hati sendiri.
ok...lepas tu, kita masuk semula ke dalam rumah ye puan-puan dan terus menuju ke dapur dan basuh la daun-daun yang kita amik tadi tu (eh, kita ker? aku sorang jer yg gi amik tadi)
ok, cara-cara membuatnya :
yang pertama, dimulakan dengan bismillah, daun tersebut dikumpulkan dan dipotong halus ala-ala orang kawin buat bunga rampai tu! tapi jgn la campur perfume pulak...kang betul-betul jadi macam bunga rampai pulak kang! sesudah itu, boleh la letakkan dia dalam satu bekas. ok satu part sudah siap.
untuk part kedua, amik kunyit, cili padi ngan garam sekali kalau nak...masuk dalam lesung batu then tumbuk la. tumbuk yang dimaksudkan di sini adalah tumbuk sehingga lumat dan hancur ye dan bukannya tumbuk macam adegan orang bergaduh tu. untuk pengetahuan tambahan, aku lebih suka guna lesung dari guna blender. sebab yang pertama kenapa aku suka guna lesung batu adalah kerana umah bujang aku tak der blender. sebab yang kedua, takder...tu jer satu sebab dia.ok, dah abis upacara tumbuk-menumbuk, amik bahan-bahan yang kena tumbuk tadi dan masukkan lah dia ke dalam periuk bersama-sama santan. santan pulak campurkan dengan air dalam segelas. ala agak-agak la (la, lupa nak tulis air kat bahan-bahan kat atas tadi). setelah santan dan bahan-bahan yang kena tumbuk tadi disatukan ke dalam periuk, maka boleh la masak bahan-bahan tersebut. agak-agak dah sebati bahan-bahan tu dalam periuk tadi, maka boleh la masukkan tempoyak pulak...letak la banyak sket tempoyak ni....biarkan ia seketika sehingga pekat dan kemudian masukkan daun-daun yang telah dihiris halus tadi dan kacau sekuat perasaan. tutup api dan ianya sedia untuk dimamah bersama-sama nasik putih!
p/s : gambar takder sebab time masak tak bawak kamera.
hasil nukilan : si abang