Showing posts with label resepi. Show all posts

gravatar

KASIH SAYANG DIKONGSI BERSAMA

haaa..tajuk macam gempak..tapi sebenarnya gua nak kongsi resipi pasta ngan lu orang..gua percaya ramai yg suka makan pasta..sebab tu gua nak share..(bile nak start ni??)
Pasta ada bermacam jenis..(ingat dah mula bagi resipi dah)..pelbagai jenis cara masakan boleh dimasak(booo..bila nak start bagi resipi woi??)..ok2..gua bagi skang..

Bahan-bahan:

Ayam (peha dibuang tulang)
Shallot
Garlic
Tumeric (jgn guna serbuk)
Cumin&fennel (jgn guna serbuk)
Cara2:
Blend sume bahan kecuali ayam!!letak gula dan garam secukup rasa..gula biar lebih skit..tapi jgn manis sampai kena potong kaki!!perap kan ayam bersama bahan tadi..agak2 dah 2 jam,bakar ayam tu..masa bakar kita sedia kan pasta nya pulak..

Pasta (kalau boleh guna spinach taglitelle)
Garlic
Shallot
Cream
Egg yolk
Cara2:
Mula2 panas kan minyak,tumis shallot dan garlic..tuangkan cream dan sedikit air..(kuah biar banyak) season kan dgn garam dan chic stock powder..ngam??masuk kan pasta yg dah di blanch..kalau nak letak kacang ijau yg dlm tin pun boleh gak..dah masak,tutup api..masuk kan kuning telur dah kacau kasi sebati..dah siap tuang dalam pinggan..letak ayam yg dah masak kat atas..taraaa..siap






hasil nukilan : gagak di rimba..acah je..
hasil nukilan : joe/kissdachef ( si adik)

gravatar

garlic prawn

pagi ni handphone berbunyi tanda e-mail masuk. "uhh, saper pulak ni?" desis hati kecil ku. hahah!! ok, it was my cousin. email tu bunyinya lebih kurang begini (email berbunyi?),  "boleh tak sekali lagi minta tolong emailkan resepi garlic prawn. dulu rasanya dah save dalam resepi folder tapi harini cari tak jumpa:.
so, ok, dengan mengambil langkah bijak, bukak saja send mail tu and foward balik kat cousin tu. then copy and paste resipi tu kat sini. bagus!

ok, ni dia resepi untuk 'Garlic Prawn':

bahan-bahan untuk dibahan :

ayam. hahahahah acah ajer...mana masak udang pakai ayam!!!

ok, serius...udang (kalau nak best, beli la udang yang mahal macam udang kertas ker)


bawang putih (kalau ikut chinese style, diaorg suka banyak bawang putih tapi kalau ikut telenovela indonesia, jangan letak bawang merah sebab bawang merah jahat!!!bahah!)

cili padi ( ni pun agak-agak jugak la...nak pedas letak la lebih)

daun kari (3-5 batang)

telur 1-2 biji (bergantung banyak mana udangnyer)

gula (1-2 sudu besar)

garam (secukup rasa)

kuali,minyak, dapur dan tong gas...hahahahah


ok, cara-cara membuatnya pulak ye :


udang dibersihkan, dipotong tanduk depan dia tu ngan guntingkan misai-misai udang tu...jangan lupa belah sekali belakang badan udang tu, sebab kita nak kasi dia garing time goreng nanti.

selepas itu, pecahkan telur ke dalam bekas dan gaulkan bersama udang. masukkan gula dan garam sekali dan gaulkan sehingga boring.

panaskan minyak kat dalam kuali tu...pastikan minyak banyak sikit dan tunggu bila betul-betul panas then masukkan udang. udang kalau banyak jangan masuk sekali sumer...masuk sikit-sikit...baru dia garing. kalau banyak kena goreng berperingkat. tapi bila dah angkat udang peringkat pertama, jangan terus masuk untuk peringkat kedua lak...tunggu dulu...panaskan minyak yang still ada dlm kuali tu seminit dua then baru masuk udang peringkat kedua pulak...sama gak untuk peringkat yang lain pun. paham tak ni?

ok, selepas semua udang selesai digoreng garing, tiba lah masa untuk kita buat tumisan dia pulak ye puan-puan....ok, udang yang dah digoreng tadi diasingkan dulu...jangan ratah pulak sekor-dua puan shiela oi....

ok, bawang putih tadi di racik kecik-kecik... sama gak ngan cili padi tapi cili tu jgn la kecik sangat...

panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan cili tadi ok...then agak-agak dah bau wangi tu masukkan daun kari tu.

sejurus sahaja masukkan daun kari tu, (fullamak sejurusss...ayat tak tahan...) jgn tunggu lelama, terus masukkan udang tadi dan gaulkan sehingga rasa puas menggauli udang tersebut.

then, boleh la angkat dan masukkan ke dalam pinggan dan udang tersebut sedia untuk dimakan.

baca bismillah dulu!
 
 
hasil nukilan : si abang

gravatar

kerang goreng

bawang ditumbuk separuh lumat,begitu juga bawang putih dan cili..serai dititik..ditumis semuanya sehingga kuning keemasan,masukkan kicap kipas udang warna merah,sedikit perahan limau,garam dan gula..masukkan kerang..itu lah kerang goreng kek umah ateh pidah semalam...

hasil nukilan : si adik

gravatar

ye lah! ye lah!

"kusha, update la blog!" sergah pa'an kepadaku sejurus sahaja aku bangun dari kerusi untuk balik ke rumah selepas bersahur di kedai mamak. lantas aku memusingkan badan dan melihat pa'an yang baru sahaja habis bercakap sambil memegang telefon bimbit dan menekan pad kekunci dengan menggunakan ibujari kanannya manakala telunjuk kirinya diacukan ke telinganya sambil mengoyang-goyangkan jari tersebut. "ah, barangkali pa'an telinganya gatal" desis hatiku pula. lantas aku menjawab sergahan pa'an itu, "ye lah! ye lah!". kulihat pa'an mengukir sekuntum senyuman apabila aku menjawab sergahannya itu. mungkin jawapan itu positif barangkali.

uuuhhh....kat atas ni sebenarnya mukadimah jer...dan ianya adalah satu percubaan menulis menggunakan bait-bait bahasa yang pernah aku belajar time kelas sastera dulu. time tu belajar analisis novel & cerpen.tapi spm dapat c6. salah satu tajuk buku yang digunapakai time tu adalah 'kelapa nan sebatang'. aku ingat lagi watak utama dalam citer tu...lebai pa nama dia. tapi citer dia aku dah tak ingat dan yang penting citer dia bukan citer pasal pokok kelapa yang sebatang tu...dan yang lagi penting, aku bukan nak citer pasal pokok kelapa mahupun kelas sastera. ok, kembali kepada subjek asal.

pa'an sebenarnya sebelum ni penah makan masakan aku yang aku buat untuk open house umah opie raya tahun lepas.ada la 2-3 jenis masakan tapi si pa'an ni lebih bernafsu kepada masakan ku yang bertajuk 'ikan kerapu masak......masak.....eerrr...masak....jap! telefon adik aku jap tanya.....

ah! ok, dah! nama dia 'spicy grouper with mango kerabu' atau nama melayunya kerapu masak pedas dengan kerabu mangga. sejak makan masakan aku tu, si pa'an ada tanya aku dulu, setahun lepas pasal resepi dia, tapi aku kata nanti aku bagi. pejam celik pejam celik, dah pun setahun. sampai sekarang aku tak bagi-bagi lagi pa'an resepi tu. then agaknya aritu pa'an teringat agaknya. so, dia tanya soalan yang sama lagi. time tu aku jawab, "kau tengok kat blog aku la". konfiden jer jawab padahal tak der pun resepi tu! tu yang selang baper hari lepas tu, kitaorang sahur kat kedai mamak dan dia suruh aku update blog sebab dia dah tengok blog ni tapi takder entry pasal resepi yang dia mintak tu.

ok pa'an, kali ni aku bagi. ni resepi dia.

'spicy grouper with mango kerabu' (tapi untuk resepi ni aku tak nak letak camner nak buat kerabu mangga sebab dah ada kat prevoius entry. untuk resepi kerabu mangga tu kau klik kat entri mangga muda ni.)

ok, untuk resepi kerapu ni, memula, kau pegi pasar, beli ikan kerapu. suruh tuan kedai tu siang siap-siap. balik umah kau lumur eehhhh...kejap...kejap....terus cara nak buat jer...bahan-bahan takder...
ok, bahan-bahan dia :

1) for sure la ikan kerapu
2) tepung
3) bawang putih, bawang merah (bukan citer tv tu tau!)
4) cili
5) halia (yang ni aku optional jer sebab nanti nak makan kerabu mangga takut tergigit halia)
6) nam pla
7) thai sos (thai sos adalah merupakan rahsia dalam masakan aku)
8) limau nipis
9) sedikit air
10) garam secukup perasaan

ok, cara buat dia, lumurkan ikan kerapu tu dengan tepung sambil minyak di dalam kuali dipanaskan. bila minyak dan hati dah panas, masukkan ikan tersebut. gorang sehingga garing dan angkat apabila ikan tersebut menjadi berubah menjadi raksaksa warna emas kekuning-kuningan atau kuning keemas-emasan. tak kisah la mana satu kan, so, letak ikan dalam pinggan. sekarang kita buat sos dia pulak.

untuk sos dia, memula kita tumis bawang putih, bawang merah dan cili. kemudian kita curahkan sedikit air masak atau air mineral kalau nak lagi riak! (time tulis ni aku imagine camner agaknya kalau kita masukkan air ecpi) lepas tu, perahkan sedikit limau nipis dan nam pla. masukkan thai sos kemudiannya dan kacau sehingga sebati. akhir sekali masukkan garam. (tak der la akhir, sebab akhir dia acara makan!) dah siap! tuangkan sos tersebut ke atas ikan dan ianya ready untuk dimakan. kalau nak rajin lagi letak la kerabu mangga sekali. tapi yang ni ikut suka kau la pa'an sebab kerabu mangga ni tak wajib pun sebenarnya walaupun tajuk dia ada tulis kerabu mangga. tajuk tu aku sajer jer letak, saja nak bagi nampak panjang. konon-konon susah la nak buat dia.

so, tu la dia pa'an. semoga kau try buat selepas lebih setahun kau tanya aku dan bukannya hanya poyo tanya-tanya jer dan semoga kau bukan blog aku ni dan baca entri ni dan jadi follower blog aku ni.dan aku tau, sekarang kau baru jer touchdown kat melbourne kan? kau tak update aku pun kan?

hasil nukilan : si abang

gravatar

mangga muda

perrgghh...pepagi lagi dah terliur sebab dapat mangga muda. intan bagi. dia bawak dari kampung...tapi dapat sebijik jer sebab aku orang paling last tau dia ada bawak mangga muda. cantek la tu! boleh buat something untuk juadah berbuka! pikir-punya pikir, rasa-rasanya nak buat kerabu mangga lah. tapi cukup ker sebijik jer? cukup la kot...apa yg ader jer lah (sendiri yang tanya, sendiri yang jawab balik). apa lagi tak tak cukup eh? jap..jap...pikir jap...bawang ada, tomato kenal beli, bunga kantan aduhh...nak kena gi kedai acheh la pulak...banyak benda takder ni...ok, meh kita list down bahan-bahan dia :

1) mangga muda (potong julian)
2) bawang (bawang holland pun boleh - sebijik cukup)
3) tomato (sebijik sudeyyyy)
4) bunga kantan (jgn letak banyak-banyak! takbest)
5) kacang goreng (beli jer kat carrefour atau india jual kacang)
6) serai (sebatang cukup kot)
7) cili padi (ni bukan tajuk rancangan tv ok!)
8) gula (setengah sudu - agak-agak ah)
9) nam pla (sesudu atau 2)
10) serunding (yang ni letak banyak pun tak per sebab dia semulajadi best!)
11) limau nipis (nak perah nanti)

ok, bawang ada, bunga kantan tak nak letak, cili, gula ada..nam pla mintak kat joe.(umah kau ado nam pla kan?) kacang, tomato, limau nipis ngan serai je kena beli. sib baik balik kampung aritu bawak balik serunding sikit. selamat!

nanti balik amik peeler, peel kulit mangga, then potong julian, tomato, bawang, serai, cili sumer dipotong kecik-kecik. kacang goreng tadi tumbuk hancurkan. letak dalam bekas, masukkan nam pla dan serunding. dah boleh makan dah ni. tapi rileks dulu. perahkan limau nipis dalam bekas lain dulu dan masukkan gula dan kacau sehingga menghasilkan rasa masam-masam manis macam citer p ramlee. then baru la tuangkan ke dalam bahan-bahan yang tadi.

tadaaaaa!!!! kerabu mangga serunding dah siap! main buat jer...asal boleh jer resepi ni...ala apa nak risau, sendiri yang makan...

hasil nukilan : si abang

gravatar

bubur sum-sum

bubur sum-sum.....uuuuu....cam best jer bunyi nama dia kalau disebut dalam bulan ramadhan ni...kalau sempat nanti balik umah boleh try buat. macam tak susah sebab bahan-bahan dia sikit ni jer:

1) tepung gandum
2) santan
3) air
4) sedikit garam
5) daun pandan
6) gula melaka
7) talam corporation
8) semangat perjuangan harmoni

cara buat dia pulak.(main tulis jer, buat tak lagi). mula-mula amik tepung dan campurkan dengan santan. letak di dalam periuk dan didihkan. masukkan garam sedikit. kacau sehingga pekat. agak-agak dah puas hati dengan keadaan masakan tersebut, tuang dan alihkan ia ke dalam talam corporation dan biarkan ia sejuk. sekarang, ibarat pepatah melayu, tepung susah menjadi bubur. segalanya sudah terlambat. biarkan ianya sejuk dan menjadi keras-keras lembik atau kenyal atau letak la apa-apa perkataan yang sesuai dengannya.

ok, untuk cecair dia pulak.(cecair eh panggil dia?) cairkan gula melaka yang dipinjam dari rumah jiran tadi dengan memasaknya bersama-sama air dan daun pandan di dalam bekas sehingga la gula tersebut cair dan sebati bersama-sama air lalu menjadi kuah gula. ye puan-puan, kuah gula! itu la perkataannya. puas pikir dari tadi.

siap! sedia untuk dihidang. potong bubur sum-sum, tuang kuah gula ke atasnya dan bedal! jangan lupa baca bismillah terlebih dahulu walaupun time tu korang tak posa.





p/s: jap. nak check ngan google tele tak resepi aku ngan resepi orang lain. ah, lantak ah!

hasil nukilan : si abang

gravatar

sambal daun kayu

hari sabtu aritu kitaorg balik kampung. konon-konon nak sambut 1st ramadhan kat kampung la. tapi last-last, bertolak dari kl kul 10.30 malam. hampeh...singgah lcct jap amik wani balik cuti seminggu dari sibu.sampai kampung dalam kul 1 pagi, lepak jap, rehat sambil bincang kuiz ramadhan untuk esok. ye, kuiz ramadhan minggu ini adalah setiap anak-anak kena masak satu resepi untuk sajian berbuka. ok, tido dulu.....zzzzzzz....


ok, ni kira dah masuk hari ahad la....so, pagi tu bangun, tengok wani ada bawak balik udang galah ngan lagi satu tu udang jenis apa ntah dari sibu...ok, boleh masak lauk udang...tapi aku lebih bersemangat untuk masak sambal daun kayu. sambal daun kayu ni nama jer sambal tapi dia sebenarnya bukan sambal pun....lebih kepada masak lemak cili padi bersama tempoyak ye puan-puan...tapi disebabkan orang panggil nama dia sambal, so, kita ikut jer la eh! lepas tu kenapa ada nama 'daun kayu' aku pun tak paham sebab tak der pun kayu dalam masakan tu! tapi daun ada la. sambal daun kayu ni rupa dia hensem gak la... dia kaler kuning macam kaler masak lemak cili padi cuma dicampur dengan tempoyak dan beberapa jenis daun. kalau ikut citer orang tua-tua dulu, dia campuran 99 jenis daun. huih! daun apa sampai 99 jenis tu? daun terup pun masuk agaknya...tapi sekarang kalau orang tak pakai dah daun banyak-banyak camtu...paling kuat pun 7 jenis daun jer...kalau malas lagi selai dua pun boleh gak kalau nak.


ok...bermulalah pengembaraan sinbad mencari daun-daun untuk dimuatturunkan ke dalam masakan itu nanti...kejap...kejap..err...salah satu sebab rajin nak masak lauk ni sebab boleh gi main carik daun-daun...kot tak, tak tau apa nak buat....ok, sambung..so, daun-daun yang berjaya dijumpai adalah:

1) daun kunyit dalam 2 helai sudeyyy

2) pucuk ubi...amik la segenggam dua...amik yg pucuk jer tau! nama pun pucuk ubi

3) daun labu...yg ni nak amik banyak sket pun takper

4) daun kadok...ni dalam 2-3 helai jer...tak yah bebanyak...daun kadok ni rupa dia macam daun sirih tapi dia tumbuhan menjalar...

5) petai (biasanya orang letak petai tapi kitaorang tak letak sebab tak makan petai)

then bahan-bahan yang lain

6) serai dalam 3-4 batang

7) cili padi dalam 10 bijik(bijik ker penjodoh bilangan untuk cili ni?)

8) kunyit hidup (kunyit hidup yang dimaksudkan di sini adalah kunyit yang tumbuhan tu...bukannya serbuk kunyit)

9) santan kelapa (kalau dah santan tu mesti la dari kelapa...takkan santan stroberi pulak kan?)

10) tempoyak

11) garam secukup rasa

12) dapur, periuk dan tong gas!hahahahah


kalau nak ikutkan, ada lagi daun yang nak kena amik tapi disebabkan matahari dah memancarkan sinaran kepanasannya, maka "ah, sudah la tu. banyak ni jer cukup lah. sendiri yang nak makan", bicara sang penyair sendirian di dalam hati bagi menyedapkan hati sendiri.

ok...lepas tu, kita masuk semula ke dalam rumah ye puan-puan dan terus menuju ke dapur dan basuh la daun-daun yang kita amik tadi tu (eh, kita ker? aku sorang jer yg gi amik tadi)

ok, cara-cara membuatnya :

yang pertama, dimulakan dengan bismillah, daun tersebut dikumpulkan dan dipotong halus ala-ala orang kawin buat bunga rampai tu! tapi jgn la campur perfume pulak...kang betul-betul jadi macam bunga rampai pulak kang! sesudah itu, boleh la letakkan dia dalam satu bekas. ok satu part sudah siap.

untuk part kedua, amik kunyit, cili padi ngan garam sekali kalau nak...masuk dalam lesung batu then tumbuk la. tumbuk yang dimaksudkan di sini adalah tumbuk sehingga lumat dan hancur ye dan bukannya tumbuk macam adegan orang bergaduh tu. untuk pengetahuan tambahan, aku lebih suka guna lesung dari guna blender. sebab yang pertama kenapa aku suka guna lesung batu adalah kerana umah bujang aku tak der blender. sebab yang kedua, takder...tu jer satu sebab dia.ok, dah abis upacara tumbuk-menumbuk, amik bahan-bahan yang kena tumbuk tadi dan masukkan lah dia ke dalam periuk bersama-sama santan. santan pulak campurkan dengan air dalam segelas. ala agak-agak la (la, lupa nak tulis air kat bahan-bahan kat atas tadi). setelah santan dan bahan-bahan yang kena tumbuk tadi disatukan ke dalam periuk, maka boleh la masak bahan-bahan tersebut. agak-agak dah sebati bahan-bahan tu dalam periuk tadi, maka boleh la masukkan tempoyak pulak...letak la banyak sket tempoyak ni....biarkan ia seketika sehingga pekat dan kemudian masukkan daun-daun yang telah dihiris halus tadi dan kacau sekuat perasaan. tutup api dan ianya sedia untuk dimamah bersama-sama nasik putih!

p/s : gambar takder sebab time masak tak bawak kamera.

hasil nukilan : si abang